
Nasi Lemak Kukus One Malaysia(NLKOM) MJ Melati dihasilkan dengan cara tradisional. Ia menggunakan bahan dan kaedah masakan yang berasal daripada hasil tangan keluarga kami turun temurun. Hasil daripada kajian sendiri, kami hasilkan kualiti makanan yang berkhasiat dan sedap serta diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kaum sehingga ke peringkat antarabangsa. Sebagai sumbangan kepada para pelanggan, kami berikan resepi Nasi Lemak Kukus One Malaysia untuk hidangan bersama keluarga.
Bahan
1kg beras super
1 biji santan kelapa
1/2 in lengkuas
1/2 in halia
2 batang daun serai
2 helai daun pandan
Kaedah
1. Beras di rendam selama 30 min
2. Masak air kukusan bersama lengkuas, halia dan daun serai sehingga mendidih
3. Kukus beras selama 20 min ( separuh masak)
4. Rendamkan semula beras yang telah dikukus dengan santan selama 20 min
5. Kukus semula beras yang telah direndam sehingga masak
Tips
Pastikan api tidak terlalu panas semasa mengukus beras. Api yang terlalu panas akan menyebabkan nasi kukus akan menjadi lembik.
Selamat mencuba
MJ Melati Enterprise
Nilai
0 comments:
Post a Comment