AsSalam
Sudah lama menghilang diri. Masa tak mengizinkan. Perniagaan Nasi Lemak Kukus 1Malaysia semakin berjaya. Sudah dikenali di sekitar bandar Nilai. Namun, masih ada lagi yg perlu diperbaiki. Pelanggan perlu diutamakan. Kehendak pelanggan perlu dipenuhi. Kebersihan, penampilan, kekemasan pekerja diberi perhatian. Kualiti makanan, keselamatan dan keenakkan NLK perlu dipertingkatkan. HARGA biar murah asalkan pelanggan puas hati. Setakat ini harga NLK masih kekal RM 4.00 sebungkus.
Ujian dan cabaran adalah perkara biasa dlam perniagaan. Perlu sabar dan tabah hadapi semua ujian Allah. Insyaallah, dengan pertolongan drp Allah swt, semua tenaga kerja berusaha gigih utk selesaikan semua problem yg ada.
Amin
Tuesday, May 10, 2011
Sunday, January 17, 2010
Saturday, January 16, 2010
Resepi Nasi Lemak Kukus One Malaysia

Nasi Lemak Kukus One Malaysia(NLKOM) MJ Melati dihasilkan dengan cara tradisional. Ia menggunakan bahan dan kaedah masakan yang berasal daripada hasil tangan keluarga kami turun temurun. Hasil daripada kajian sendiri, kami hasilkan kualiti makanan yang berkhasiat dan sedap serta diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kaum sehingga ke peringkat antarabangsa. Sebagai sumbangan kepada para pelanggan, kami berikan resepi Nasi Lemak Kukus One Malaysia untuk hidangan bersama keluarga.
Bahan
1kg beras super
1 biji santan kelapa
1/2 in lengkuas
1/2 in halia
2 batang daun serai
2 helai daun pandan
Kaedah
1. Beras di rendam selama 30 min
2. Masak air kukusan bersama lengkuas, halia dan daun serai sehingga mendidih
3. Kukus beras selama 20 min ( separuh masak)
4. Rendamkan semula beras yang telah dikukus dengan santan selama 20 min
5. Kukus semula beras yang telah direndam sehingga masak
Tips
Pastikan api tidak terlalu panas semasa mengukus beras. Api yang terlalu panas akan menyebabkan nasi kukus akan menjadi lembik.
Selamat mencuba
MJ Melati Enterprise
Nilai
Sunday, July 26, 2009
NASI LEMAK KUKUS INTERNATIONAL
NASI LEMAK KUKUS INTERNATIONAL
Selamat datang para pengunjung. Bermula di sini, aku akan mulakan blog ini untuk perkongsian idea bersama dengan teman-teman dalam dunia perniagaan. Aku akan memulakan dengan pelbagai keilmuan tentang perniagaan nasi lemak, resipi terpilih, cara pengandalian dan memberi tip-tip bagaimana hendak menjadi pengusaha yang berjaya.
Datanglah dan nikmati Nasi Lemak Kukus International
Pasti anda semua akan merasai kelainannya
Desa Cempaka
Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan
Ingin maklumat lanjut - hubungi kami
mj.melati@yahoo.co.uk
call Zakwan : 0122786545
Selamat datang para pengunjung. Bermula di sini, aku akan mulakan blog ini untuk perkongsian idea bersama dengan teman-teman dalam dunia perniagaan. Aku akan memulakan dengan pelbagai keilmuan tentang perniagaan nasi lemak, resipi terpilih, cara pengandalian dan memberi tip-tip bagaimana hendak menjadi pengusaha yang berjaya.
Datanglah dan nikmati Nasi Lemak Kukus International
Pasti anda semua akan merasai kelainannya
Desa Cempaka
Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan
Ingin maklumat lanjut - hubungi kami
mj.melati@yahoo.co.uk
call Zakwan : 0122786545
Subscribe to:
Comments (Atom)



